Sunday, August 7, 2011

amanah Allah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah swt masih memberi keizinan untuk cik cendawan mencoret sedikit kata untuk berkongsi sekelumit ilmu Allah swt bersama sahabat sekalian..syukur kehadratNya kerana sudah lengkap 7hari kita mengerjakan ibadah puasa dan bertawakallah moga-moga 8ramadhan hari ini, dipermudahkan Allah swt untuk kita menyempurnakannya..InsyaAllah..

apa yang hendak cik cendawan kongsikan dengan sahabat sekalian adalah mengenai amanah Allah swt..setiap kali kita mendengar ungkapan amanah Allah swt, kita akan terbayangkan cahaya mata yang Allah swt kurniakan kepada kita sebagai menyeri keluarga dan bukti pengikat kasih suami dan isteri..namun, bagi ana yang bergelar anak dan masih berada dalam tanggungan umi dan abah ana..amanah Allah swt yang ana maksudkan adalah umi dan abah (ibu dan bapa)..

pelbagai panggilan yang kita sering dengari saban hari..umi dan abi, mama dan papa, mama dan we, mama dan baba, mummy dan daddy..walau apa pun panggilan kita pada mereka, merekalah anugerah Allah swt yang paling besar dan tak ternilai pada diri kita..ana dan sahabat sekalian perlulah pangjantkan rasa syukur kepada Ilahi kerana masih menganugerahkan kita ibu bapa yang menyayangi dan sentiasa menyokong kita dalam mencari redha Ilahi..oleh itu kita wajib berbuat baik kepada kedua ibu bapa..sebagaimana firman Allah swt :

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu ayahmu, hanya kepada-Ku lah kembali kamu”(Luqman:14).

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya” (al-Isra’: 23)

Allah swt telah mensyariatkan kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa kerana pengorbanan mereka yang tidak ternilai harganya..sejak dari kecil, setiap dari kita ditatang dan dijaga dengan penuh kasih sayang..setiap apa jua kemahuan kita dituruti walaupun pelbagai dugaan yang melanda..itulah kasih ibu, itulah penat lelah ayah..duhai sahabat sekalian, hormatilah mereka, sayangilah mereka dengan sentiasa memohon perlindungan dari Allah swt..sentiasa memohon keampunan setiap dosa-dosa mereka yang sedar ataupun tidak..ketahuilah duhai sahabat, Allah swt sangat mencintai dan mengagkat martabat hambaNya yang berbuat baik kepada kedua ibu bapa..FirmanNya yang berbunyi :

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil"(Al-Isra’: 24).

cik cendawan dan juga sahabat sekalian tentu menginginkan Syurga Allah swt, oleh itu hendaklah kita sentiasa mendampingi kedua iibu dan ayah, dan sentiasa berwaspada daripada menderhakai kedua ibu ayah atau melukai hati mereka dengan kata-kata yang menyakiti keduanya walau pun hanya dengan kalimah ah! sekali pun yang merupakan serendah-rendah penderhakaan kepada keduanya. Firman Allah swt:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.(al-Israk: 23-24).

sama-samalah kita doakan agar kita semua termasuk dalam golongan yang dipilih Allah swt untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita malah berpeluang untuk menjaganya sehingga ke hujung nafas yang terakhir..bermula hari ini dan seterusnya, cik cendawan menasihatkan diri cik cendawan dan sahabat sekalian untuk terus berdamping dengan mereka dan mencintai mereka sepenuh hati..Redhailah mereka dan teruskan berdoa untuk mereka andai setiap dari mereka masih lalai akan suruhan Allah swt..sesuungguhya Allah swt itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani..

syurlah kita kerana sehingga hari ini ibu bapa kita masih disisi untuk mendengar setiap celoteh dan bual bicara kita..andaikan suatu masa nanti, mereka terbujur kaku dalam ikatan kain putih dan menunggu untuk dikebumikan..adakah disaat itu baru kita menyedari kehilangan amanah Allah swt yang ternilai ini? tepuk dada dan tanyalah iman duhai sahabat sekalian, adakah setiap perlakuan kita tidak menyinggung perasaan mereka? adakah sikap kita membahagiakan mereka? adakah ilmu kita membanggakan mereka? dan yang paling penting adakah iman dan amalan kita dapat menyelamatkan mereka?sedarlah duhai jiwa..insaflah duhai hati..

الكبائر ، فقال : الشركُ بالله ، وعقوقُ الوالدين ، وقتلُ النفس ، وقال : ألا أنبِّئكُم بأكبر الكبائر ؟ قولُ الزور أو قال : شهادةُ الزور»

“Dosa-dosa besar: Menyekutukan Allah, menderhakai kedua ibu ayah, membunuh nyawa, dan baginda berkata: Adakah kamu hendak aku khabarkan kepada kamu dengan sebesar besar dosa besar: Yakni Sumpah dusta”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

takutlah kita kepada Allah swt dan azabNya..moga-moga Allah melindungi kita dan memperkenankan setiap doa kita dalam mencari RedhaNya..duhai sahabat, mohonlah pada Allah moga kita semua tidak tergolong dalam kalangan yang menderhakai ibu dan bapa malah sentiasa berbakti kepada mereka.. InsyaAllah

pedoman hari ini yang berbunyi :
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)

Na'uzubillahiminzalik..moga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak merasai nikmat Syuga Allah swt..Perbanyakkan amalan-amalan sunat yang akan membantu kita di hari perhitungan kelak..

InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment