Monday, October 24, 2011

::Setitik Coretan::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur..saat ini cik cendawan berpeluang dan berkesempatan untuk mencoret setitik kata bicara bersama sahabat sekalian..setiap saat mata kita berkelip mahupun setiap sedut nafas yang kita tarik dan hembus adalah nikmat kurniaan Allah yang seringkali kita terlupa nilainya..

Apa yang hendak cik cendawan kongsikan kali ini bukanlah suatu yang baru bagi sahabat sekalian tapi hanyalah ERTI SYUKUR..setiap apa yang Allah anugerahkan pada kita adalah NIKMAT..nikmat sihat, nikmat sakit, nikmat suka, nikmat duka, nikmat senang, nikmat susah..semuanya adalah nikmat..seringkali kita hanya menyukai nikmat sihat, suka dan senang..malah kita beranggapan bahawa nikmat sakit, duka dan susah adalah musibah walhal itu juga adalah nikmat yang tidak terhingga buat diri kita..

cik cendawan juga sedang belajar untuk memandang nikmat sakit, duka dan susah adalah suatu kebajikan buat diri cik cendawan..jadi cik cendawan juga senang berkongsi ilmu ini bersama sahabat sekalian..Pernahkan sahabat selidik dan sejenak berfikir akan HIKMAH yang sangat berharga disebalik nikmat itu..Allah itu Maha Sempurna atas setiap apa yang ditetapkan buat diri kita dan hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita..

xxxxxxxxx+____________+xxxxxxxxx

Musim haji sudah hampir tiba..setiap kali laungan 'Labbaikallah hummalabbaik Labbaikala syarikalakalabbik' hati cik cendaawan tersangat sayu..sering terlintas di hati Ana adakah diri yang kerdil ini layak untuk memijak bumi suciMu Ya Allah..Panggillah kami untuk menjadi tetamuMu Ya Allah..setiap nikmat Cinta dan Rindu terhadapMu sangat kami dambakan..sama-samalah kita doakan agar kita semua berkesempatan untuk mengerjakan Rukan Islam yang ke5..

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur).
(al-Bukhari dan Muslim)




cukuplah dengan perkongsian kali ini..cik cendawan mengharapkan setiap kita hambaNya makin mengatur langkah menghampiri dan mencari cintaNya..InsyaAllah kita akan terasa seakan-akan memeluk kerinduan untuk menemuiMu Ya Rabbi..

InsyaAllah




Sunday, August 7, 2011

amanah Allah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah swt masih memberi keizinan untuk cik cendawan mencoret sedikit kata untuk berkongsi sekelumit ilmu Allah swt bersama sahabat sekalian..syukur kehadratNya kerana sudah lengkap 7hari kita mengerjakan ibadah puasa dan bertawakallah moga-moga 8ramadhan hari ini, dipermudahkan Allah swt untuk kita menyempurnakannya..InsyaAllah..

apa yang hendak cik cendawan kongsikan dengan sahabat sekalian adalah mengenai amanah Allah swt..setiap kali kita mendengar ungkapan amanah Allah swt, kita akan terbayangkan cahaya mata yang Allah swt kurniakan kepada kita sebagai menyeri keluarga dan bukti pengikat kasih suami dan isteri..namun, bagi ana yang bergelar anak dan masih berada dalam tanggungan umi dan abah ana..amanah Allah swt yang ana maksudkan adalah umi dan abah (ibu dan bapa)..

pelbagai panggilan yang kita sering dengari saban hari..umi dan abi, mama dan papa, mama dan we, mama dan baba, mummy dan daddy..walau apa pun panggilan kita pada mereka, merekalah anugerah Allah swt yang paling besar dan tak ternilai pada diri kita..ana dan sahabat sekalian perlulah pangjantkan rasa syukur kepada Ilahi kerana masih menganugerahkan kita ibu bapa yang menyayangi dan sentiasa menyokong kita dalam mencari redha Ilahi..oleh itu kita wajib berbuat baik kepada kedua ibu bapa..sebagaimana firman Allah swt :

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu ayahmu, hanya kepada-Ku lah kembali kamu”(Luqman:14).

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya” (al-Isra’: 23)

Allah swt telah mensyariatkan kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa kerana pengorbanan mereka yang tidak ternilai harganya..sejak dari kecil, setiap dari kita ditatang dan dijaga dengan penuh kasih sayang..setiap apa jua kemahuan kita dituruti walaupun pelbagai dugaan yang melanda..itulah kasih ibu, itulah penat lelah ayah..duhai sahabat sekalian, hormatilah mereka, sayangilah mereka dengan sentiasa memohon perlindungan dari Allah swt..sentiasa memohon keampunan setiap dosa-dosa mereka yang sedar ataupun tidak..ketahuilah duhai sahabat, Allah swt sangat mencintai dan mengagkat martabat hambaNya yang berbuat baik kepada kedua ibu bapa..FirmanNya yang berbunyi :

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil"(Al-Isra’: 24).

cik cendawan dan juga sahabat sekalian tentu menginginkan Syurga Allah swt, oleh itu hendaklah kita sentiasa mendampingi kedua iibu dan ayah, dan sentiasa berwaspada daripada menderhakai kedua ibu ayah atau melukai hati mereka dengan kata-kata yang menyakiti keduanya walau pun hanya dengan kalimah ah! sekali pun yang merupakan serendah-rendah penderhakaan kepada keduanya. Firman Allah swt:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.(al-Israk: 23-24).

sama-samalah kita doakan agar kita semua termasuk dalam golongan yang dipilih Allah swt untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita malah berpeluang untuk menjaganya sehingga ke hujung nafas yang terakhir..bermula hari ini dan seterusnya, cik cendawan menasihatkan diri cik cendawan dan sahabat sekalian untuk terus berdamping dengan mereka dan mencintai mereka sepenuh hati..Redhailah mereka dan teruskan berdoa untuk mereka andai setiap dari mereka masih lalai akan suruhan Allah swt..sesuungguhya Allah swt itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani..

syurlah kita kerana sehingga hari ini ibu bapa kita masih disisi untuk mendengar setiap celoteh dan bual bicara kita..andaikan suatu masa nanti, mereka terbujur kaku dalam ikatan kain putih dan menunggu untuk dikebumikan..adakah disaat itu baru kita menyedari kehilangan amanah Allah swt yang ternilai ini? tepuk dada dan tanyalah iman duhai sahabat sekalian, adakah setiap perlakuan kita tidak menyinggung perasaan mereka? adakah sikap kita membahagiakan mereka? adakah ilmu kita membanggakan mereka? dan yang paling penting adakah iman dan amalan kita dapat menyelamatkan mereka?sedarlah duhai jiwa..insaflah duhai hati..

الكبائر ، فقال : الشركُ بالله ، وعقوقُ الوالدين ، وقتلُ النفس ، وقال : ألا أنبِّئكُم بأكبر الكبائر ؟ قولُ الزور أو قال : شهادةُ الزور»

“Dosa-dosa besar: Menyekutukan Allah, menderhakai kedua ibu ayah, membunuh nyawa, dan baginda berkata: Adakah kamu hendak aku khabarkan kepada kamu dengan sebesar besar dosa besar: Yakni Sumpah dusta”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

takutlah kita kepada Allah swt dan azabNya..moga-moga Allah melindungi kita dan memperkenankan setiap doa kita dalam mencari RedhaNya..duhai sahabat, mohonlah pada Allah moga kita semua tidak tergolong dalam kalangan yang menderhakai ibu dan bapa malah sentiasa berbakti kepada mereka.. InsyaAllah

pedoman hari ini yang berbunyi :
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)

Na'uzubillahiminzalik..moga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak merasai nikmat Syuga Allah swt..Perbanyakkan amalan-amalan sunat yang akan membantu kita di hari perhitungan kelak..

InsyaAllah..

Friday, August 5, 2011

Ramadhan : Bulan Ujian

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hari ini sudah genap 4hari kita menunaikan ibadah puasa dan InsyaAllah akan menghampiri 5hari..moga Ya Rabbul 'Alamin mempermudahkan segala apa jua urusan kita didunia ini seterusnya akhirat kelak..

Allah mensyariatkan untuk kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar berhadapan sebarang godaan sepanjang Ramadan.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

oleh itu sahabat sekalian, dalam bulan ramadhan ini ujian Allah lebih kuat lagi..sebenarnya ujian yang Allah kurniakan pada diri kita merupakan anugerah dan bukannya musibah..segala ujian Allah perlulah kita tempuhi dengan memohon perlindunganNya untuk dipermudahkan segala urusan..

Diri cik cendawan juga tidak pernah lari dari diuji oleh Ya Rabbul 'Alamin..mungkin ini adalah ujian Allah disebabkan dosa-dosa cik cendawan yang lalu..duhai sahabat sekalian, sama-samalah kita memohon keampunan kepadaNya kerana Hanya Allah Tuhan Sekalian Alam..Hanya kepadaNya tempat kita meminta pertolongan..sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat" (Riwayat Al-Tirmizi)

Marilah sahabat sekalian kita memohon keampunan Allah untuk melayakkan diri kita sebagai hambaNya..cik cendawan juga sedang belajar untuk redha dengan setiap ujian yang Allah anugerahkan pada diri cik cendawan dan keluarga..kesihatan nenek cik cendawan alhamdulillah sudah semakin baik, insyaAllah..Moga Allah bukakan hati untuk ahli keluarga lain untuk sama-sama kami menjaga nenek..ujian Allah ini makin mempereratkan hubungan antara umi, abah dan juga adik-beradik cik cendawan..sesungguhnya rahmat disebalik ujianMu sangat INDAH Ya Rabb..

2hari lepas, cik cendawan terkejut dengan masalah yang timbul untuk cik cendawan menyiapkan projek master ana..Allah itu Maha Kuasa, cik cendawan yakin dan percaya yang ujian ini hanya untuk merapatkan lagi hubungan cik cendawan denganNya..

Maha Suci Allah, hanya padamu tempat Aku memohon segala perlindungan dan pertolongan..Redhailah setiap apa yang Aku usahakan dalam mencapai cintaMu..

sahabat sekalian..sama-samalah kita doakan agar kita tergolong dalam kalangan muslim dan muslimat yang diredhaiNya dan berbahagia dalam SyurgaNya kelak..InsyaAllah..cik cendawan tinggalkan sahabat sekalian dengan sabda Rasulullah saw untuk pedoman..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"

InsyaAllah..

Thursday, August 4, 2011

::Permulaan::

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat muslimin & muslimat sekalian..Alhamdulillah sudah 3hari Ramadhan berlalu..InsyaAllah, semoga puasa dan ibadat kita semua hari ini diterimaNya..

Bagi cik cendawan, Ramadhan kali ini adalah pencetus dan juga penyambung segala usaha cik cendawan dalam meraih Cinta & RedhaNya..sebagai hambaNya yg dhaif, kita perlulah sentiasa memohon keampunan dan bertaubat atas segala apa jua kesalahan yang tersedar atau pun tidak, mahupun yang besar atau sekecil zarah..sebagaimana firman Allah swt,

Firman bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihatnya (dalam kitab amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihatnya (dalam kitab amalnya).” – (Surah al-Zalzalah: 7-8)

Oleh itu, sempena bulan yang penuh barakah ini, eloklah kiranya kita sama-sama memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya seterusnya meningkatkan amalan-amalan sunat seperti yang dituntut oleh Islam..Bulan yang penuh keberkatan ini men janjikan ganjaran pahala yang sangat besar..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)

Setiap daripada kita, cik cendawan dan juga sahabat semua xpernah lari dari berbuat dosa..dosa kecil mahupun dosa besar..Na'uzubillahiminzalik..walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa memohon keampunanNya..Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani..Jangan sesekali kita angkuh untuk memohon keampunannya, sesungguhnya hanya Dia yang Maha Berkuasa keatas setiap sesuatu..

seorang sahabat ana pernah berkongsi ilmu : Allah itu sangat merindukan air mata hambaNya yang bertaubat dan memohon keampunan dariNya..selangkah kita mengatur langkah untuk mendapatkan redhaNya, 1000 langkah Dia mendekati kita..

ketahuilah duhai sahabat sekalian, Allah itu Maha segala sesuatu..cik cendawan juga menasihatkan diri cik cendawan dan sahabat semua agar kita tidak leka akan keduniaan dan setiasa mengingati Akhirat..Biarlah banyak kegembiraan dunia yang terpaksa kita korbankan, tapi kegembiraan akhirat di dalam syurga Allah yang Hakiki kita dapat.. "Gula itu sentiasa manis dan akan makin manis jika kita berusaha mendapatkannya kelak"..

apa yang cik cendawan kongsikan disini bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi hanyalah seagai peringatan kita sesama muslim..semoga bulan Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya..ana tingggalkan sahabat semua dengan sabda Penghulu kita Nabi Muhammad saw..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

..InsyaAllah..